Assalamualaikum w.b.t
Perjalanan KONVOI RAYA09 diteruskan pada keesokan harinya ( Syawal ke-5) dan telah disertai seramai….Tak ramai pun yang join, Cuma 2 buah kereta dengan beberapa biji motosikal sahaja. Antara destinasi yang dituju pada hari tersebut adalah Kg. Kundang, Kg. Tanjung Sepat dan Tembuk.
Walaubagaimanapun,KONVOI RAYA09 tetap berjalan dengan lancar dan beberapa foto kenangan telah diambil oleh peserta KONVOI untuk tujuan dokumentasi. (credit to Hanif)
Antara lokasi yang dituju pada hari tersebut adalah :-
Di Rumah hafiz
Di rumah Siti hawa masngon
Di rumah Muhd.hanif
Di rumah Fakhrurrazi
seterusnya, ke rumah Muaz
Di rumah Zaki Suhaimi
Di rumah Dee Dalwan
Di Rumah Faiz Roslan
KONVOI RAYA09 yang telah dijalankan selama 3 hari buat julung kalinya telah berjaya mendapat sambutan daripada semua pihak. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang telah mengikuti KONVOI raya pada tahun ini. Kami berharap agar KONVOI RAYA akan mendapat tempat dihati semua bekas pelajar pada masa yang mendatang dan berjaya menjadi program tradisi yang akan dijalankan pada setiap tahun…InsyaAllah..
Sekali lagi, kemaafan yang kami pinta andai kata program yang dijalankan terdapat banyak kekurangan dan tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
:: Salam ukhuwah dan salam perjuangan ::
CREDIT TO : AHMAD FAIZAL HAKIM & SITI FASIHAH
Tuesday, June 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment